ENGLISH VERSION

[ Profail / Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang / Piagam Pelanggan ]

PIAGAM PELANGGAN

Kami bersedia memberi layan mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada semua pihak yang berurusan dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia, kami akan memastikan bahawa:

I.     Perkhidmatan dan kemudahan pelabuhan yang disediakan oleh operator pelabuhan yang dilesenkan adalah cekap,

       selamat dan berada pada tahap prestasi yang tinggi.
II.    Perkhidmatan feri yang disediakan oleh operator pelabuhan adalah selamat, selesa, mencukupi dan mengikut jadual.
III.   Operator pelabuhan mengurus kadar bayaran dan caj perkhidmatan pelabuhan serta tambang feri mengikut tarif

       yang ditetapkan.
IV.   Pembangunan pelabuhan adalah selaras dengan keperluan dan kelulusan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
V.    Transaksi pergerakan dagangan Zon Bebas dan dagangan berbahaya dipermudahkan.
VI.   Aduan yang berasas oleh pengguna pelabuhan disiasat dan diatasi.