|
ZON
BEBAS KOMERSIL
Keterangan
Dermaga Air Dalam Butterworth telah ditakrifkan sebagai Zon
Bebas Komersil berkuatkuasa dari tarikh 20 Jun 1996. Zon tersebut
merangkumi kawasan seluas 56 hektar dan dilengkapi dengan
pelbagai infrastruktur dan gudang untuk menyokong segala aktiviti
yang dijalankan. Objektif utama kami adalah untuk mempromosikan
perdagangan entrepot melalui aktiviti komersil yang akan menyumbang
kepada ekonomi tempatan dan antarabangsa.
Di bawah Akta Kastam 1967, untuk tujuan dagangan, sebuah kawasan
komersil bebas disifatkan sebagai kawasan yang berada di luar
lingkungan Malaysia. Jadi, segala bahan dagangan dan perkhidmatan,
boleh dibawa masuk ke dalam kawasan tersebut tanpa cukai kastam,
duti eksais, cukai jualan dan cukai perkhidmatan jika tidak
melanggar undang – undang.
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah dilantik sebagai pihak berkuasa zon
bebas ini.
Aktiviti
Selain dari impot, eksport dan perkapalan, aktiviti komersil yang telah dibenarkan adalah seperti berikut :
· Perdagangan
· Pemecahan pukal
· pengredan
· bungkusan semula
· pelabelan
· Transit
Aktiviti lain (bukan perindustrian) yang ingin dijalankan
di zon tersebut boleh dijalankan setelah mendapat kelulusan
dari pihak pentadbiran.
Untuk mengiktirafkan keperluan peningkatan aktiviti perdagangan dan perjalanan barangan di dalam zon, kertas kerja dan tatacara telah
dipermudahkan.
Penubuhan sebuah Zon Bebas Komersil di Pelabuhan Pulau Pinang
adalah satu langkah bijak kerajaan dalam menyokong sektor
swasta dalam bidang perdagangan dan ekonomi. Para pedagang
digalakkan untuk menjelajah segala peluang yang ada dan memainkan
peranan sebagai perdagangan entrepot melalui pelbagai aktiviti
yang ditawarkan oleh zon tersebut.
|

|

|
Faedah Di Dalam Zon Bebas Komersil |
|
Pengimpot
dan pengekspot di Zon ini akan menikmati : |
| Pemansuhan
duti atas barangan yang di ekspot semula atau dimusnahkan
di Zon itu. |
| Penangguhan
terhadap barangan asing sehingga ia meninggalkan Zon tersebut. |
| Barangan
diinsurankan mengikut harga beserta dengan kos perkapalan. |
| Menerima tempahan barangan sebelum pembayaran duti atau cukai
eksais. |
| Mengimpot
barangan mengikut kuota harga dan menyimpan barangan di
dalam Zon sehingga kuota harga yang akan datang. |
| Mempamerkan dan menjual barangan serta menarik balik barangan contoh sebelum pembayaran
duti. |
| Menyimpan barangan untuk menunggu harga yang lebih baik di pasaran yang akan
datang. |
| Melabel
semula barangan untuk mengesahkan piawaian tempatan. |
| Menikmati
laluan percuma ke barangan serta aktiviti bonded. |
| Penggantian atau pembaikan terhadap barangan yang telah rosak. |
| Mempermudahkan
prosedur dan dokumentasi. |
| Terletak
di lokasi strategik di dalam negara, serantau dan global. |
| Infrastruktur
yang baik selaras dengan globalisasi. |
| Dihubungkan
secara global melalui pelabuhan dan lapangan terbang. |
| Persekitaran
yang sederhana. |
| Persekitaran
yang selamat dan terlindung |
| Menggalakkan
aktiviti komersil seperti perdagangan, pecah pukal, penggredan,
pembungkusan semula, pelabelan semula dan kargo transit. |
|
|