ENGLISH VERSION

[ Kemudahan / Perkhidmatan Feri ]

PERKHIDMATAN FERI

Keterangan
Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan feri mulai jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar. Ianya beroperasi dengan lapan buah feri.

Feri-feri tersebut yang membawa penumpang pejalan kaki / kenderaan di dek atas dan kenderaan di dek bawah tersebut berlepas dari terminal setiap lapan minit pada waktu puncak dan frekuensinya berkurangan menjelang tengah malam.

Perjalanan feri mengambil masa 15-20 minit untuk penyeberangan selat sepanjang 3.2 kilometer.

Jumlah keseluruhan trafik feri dalam tahun 2006 termasuk semua perkhdimatan seperti pejalan kaki, basikal, motosikal, kereta dan lori telah meningkat 1.1% dari 5.859 juta unit pada tahun 2005 kepada 5.922 juta unit.

Tariff Baru Kemudahan Feri

Pelabuhan Pulau Pinang telah menetapkan beberapa peningkatan harga terhadap perkhidmatan komersil dan pengguna awam. Dengan kos yang baru dan komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan, satu tarif baru telah diperkenalkan dan sedang dilaksanakan sejak 1 Mei 2005. Tarif baru tersebut berkuatkuasa terhadap semua kenderaan yang terlibat.

Tarif baru untuk struktur feri telah ditetapkan seperti berikut:
I. PENUMPANG
     a. Kanak – kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun
     b. Dewasa

Tiket bulanan (tidak sah untuk basikal)
     a. pelajar (21 tahun ke bawah)
     b. Dewasa 

II. BASIKAL

III. MOTORSIKAL

IV. BECA / KENDERAAN TIGA RODA

V. MOTOKAR ( TERMASUK WAGON, KENDERAAN PACUAN RODA 4, 
    KENDERAAN TIGA RODA KOMERSIL DAN MOTORSIKAL BERODA TIGA)

Vl. LORI / VAN / BAS
     a. KENDERAAN BERGANDAR 2 DAN BERODA 4
     b. KENDERAAN BERGANDAR 2 DAN BERODA 6
RM 
0.60 
1.20 


6.00 
30.00 

1.40 

2.00 

3.30 

7.70 



13.20 
27.50