ENGLISH VERSION

[ Pembangunan ]

PEMBANGUNAN
Antara pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di Pelabuhan Pulau Pinang adalah 

Projek Pembesaran Pangkalan Kontena Butterworth Utara Pakej 3A yang merangkumi pembinaan dermaga sepanjang 600 meter, pembelian kren gantri dan rubber tyred gantry dan pembinaan dek penyimpanan sepanjang 1500 meter untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan kontena.

Pembangunan Semula Jeti Swettenham bagi membolehkan kapal-kapal persiaran antarabangsa sehingga 70,000 tan berlabuh.

Pengerukan Selat Utara
Pengerukan dari 11.5 meter ACD (Approach Channel Depth) Selat Utara ke kedalaman 13.5 meter untuk membolehkan kapal-kapal mudik ke pelabuhan.

Pangkalan Kargo Pukal Prai
Penempatan semula dan pembinaan terminal kargo berbahaya sepanjang 64 meter ke selatan Pangkalan Kargo Pukal Prai. Pembinaan kemudahan baru untuk saluran paip kargo berbahaya serta dermaga sepanjang 64 meter dijangka bermula pada bulan Januari 2008. Pemindahan saluran paip ke selatan dermaga dijangka bermula pada bulan Mei 2008 dan dermaga baru untuk kargo berbahaya tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan November 2008.

Bot Laju (Terminal Feri)
Penang Port Sdn. Bhd. akan memperkenalkan perkhidmatan bot laju di antara bahagian pulau dan tanah besar. Bot-bot laju tersebut yang bakal mengendalikan penumpang pejalan kaki dan motorsikal, akan memendekkan jangka masa penyeberangan kepada separuh berbanding 15 minit melalui perkhidmatan feri sekarang. Sebanyak lima unit bot laju akan dibeli seiring dengan perkhidmatan feri sedia ada.

Jumlah feri kemudiannya akan dikurangkan kepada lima buah dari lapan buah apabila perkhidmatan bot laju ini dilancarkan.

Kemudahan Tangki Berpusat
Projek Kemudahan Tangki Berpusat (CTF) terletak berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di Bagan Ajam yang meliputi kawasan seluas kira-kira 100 hektar di pesisir pantai. Antara kemudahan di dalam CTF kelak termasuklah tangki-tangki penyimpanan untuk pelbagai jenis minyak dan gas, terminal muatan untuk lori tangki, kemudahan kendalian gas, kemudahan tong-tong drum, tangki adunan untuk bio diesel, minyak pelincir dan bahan tambahan serta kemudahan pergudangan.

Projek tersebut dianggarkan bernilai RM1.2 billion dan dijangka beroperasi menjelang tahun 2013. Projek tersebut akan menjadi hub kepada pergerakan keluar masuk kargo pukal cecair dalam dan luar negara. Kedalaman perairan dijangka sedalam 13.0 meter untuk menampung kapal-kapal sehingga seberat 50,000 tan (DWT). Jumlah kargo pukal cecair yang akan dikendalikan di dalam CTF dianggarkan sehingga 700,000 tan metrik sebulan.

Aktiviti-aktiviti Nilai Tambah dan Projek Tebus Guna Tanah
Bahagian utara PKBU akan ditebus guna sehingga 1,000 ekar dan akan dibangunkan sebagai yad kontena dan lain-lain aktiviti nilai tambah seperti:
  • Aktiviti-aktiviti Zon Perdagangan Bebas (Zon Perindustrian Bebas / Zon Bebas Komersil)

  • Gudang / Container Freight Station (CFS) dan aktiviti-aktiviti logistic.

  • Distripark and Inland Clearance Depot (ICD)

  • Hub halal dan kawasan simpanan dingin beku (cold storage)

  • Kemudahan Tangki Berpusat (CTF).


  • Di Dermaga Air Dalam Butterworth sekarang, aktiviti-aktiviti nilai tambah dilaksanakan di dalam kawasan Zon Bebas Komersil antaranya operasi On Dock Depot, Gudang dan Container Freight Station bagi memperluaskan kepelbagaian aktiviti komersil import eksport dengan penggunaan dokumentasi yang minimum.