ENGLISH VERSION

[ Installasi Pelabuhan / Pelabuhan Pulau Pinang ]
PELABUHAN PULAU PINANG

Pelabuhan Pulau Pinang adalah sebuah pelabuhan antarabangsa yang terletak pada laluan strategik Selat Melaka. Ia telah memberikan perkhidmatan kepada industri perkapalan sedunia semenjak abad ke 18. Pada awalnya, Pelabuhan Pulau Pinang banyak menawarkan kemudahan terhadap perdagangan rempah. Kemudiannya ia berkembang menjadi sebuah pelabuhan moden dan penting di Asia dengan menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden bagi mengendalikan kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo-kargo am.

Pelabuhan Pulau Pinang dihubungkan dengan jalinan kemudahan pengangkutan jalanraya dan rel yang baik melalui Lebuhraya Utara Selatan yang bermula dari sempadan Malaysia - Thailand sehinggalah ke sempadan Malaysia - Singapura.

Pelabuhan Pulau Pinang juga dihubungkan dengan landasan keretapi sepanjang 2.5 kilometer dari Pangkalan Kontena Butterworth Utara ke Stesyen Keretapi Butterworth. Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pula hanya terletak 40 kilometer dari pelabuhan dan perjalanan hanya mengambil masa 30 minit.