|
Bandaraya George Town telah diberi nafas baru dengan siapnya Jeti Settenham yang bernilai RM62.9 juta. Terminal ini berkeupayaan menerima kapal-kapal persiaran antarabangsa sehingga seberat 90,000 tan. Jeti Swettenham menerima persinggahan kapal persiaran sulungnya pada 13 November2009 oleh SuperStar Libra.
Selain itu, kapal persiaran terkenal iaitu Queen Mary II juga telah membuat persinggahan pada 4 Februari 2010. Antara kapal-kapal persiaran lain yang singgah di Jeti Swettenham ialah SuperStar Virgo, Amusement World dan AIDAcara.
Star Cruises juga telah menjadikan Jeti Swettenham sebagai pangkalan kepada kapal Star Pisces yang menawarkan kemudahan kruis satu malam di perairan Pulau Pinang dari jam 8 malam sehingga jam 8 pagi keesokan harinya.
|