ENGLISH VERSION

[ Profail / Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang / Peranan Suruhanjaya ]

PERANAN SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

1.   Sebagai Pentadbir di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955, SPPP telah menjalankan       tugasan yang berikut:- 

 i) 
ii)
iii)
iv)

v)

vi)
vii)

viii)

Melaksanakan fungsi undang – undang.
Menyelia aktiviti di dalam lingkungan pelabuhan 
Melesenkan malim pelabuhan
Mengawal aktiviti marin melalui Jawatankuasa Pemaliman berkaitan dengan displin malim, keselamatan di pelabuhan dan kemalangan marin. 
Menyelia aktiviti pelabuhan melalui pengeluaran lesen pesisir pantai dan permit mengangkut di pelabuhan dan lain – lain. 
Menggalakkan pembangunan pelabuhan.
Menyelaras sistem maklum balas dari pengguna pelabuhan.
Promosi pelabuhan.
2.   Sebagai Pentadbir di bawah Akta Pelabuhan-plabuhan (Penswastaan) 1990, SPPP:-

i)
ii)

iii)

iv)

v)






vi)




vii)
viii)
ix)

Bertindak sebagai tuan tanah yang memastikan tanah digunakan seperti yang telah dirancang.
Sebagai penggadai di antara lain, memastikan bahawa tiada modifikasi dijalankan ke atas struktur dan pelabuhan tanpa pengetahuan SPPP dan hanya boleh digunakan seperti yang tertera dalam perjanjian
Bertindak sebagai pelesen yang mengeluarkan lesen kepada syarikat yang beroperasi tertakluk kepada perjanjian.
Mewujudkan dan memantau standard prestasi operator pelabuhan (PPSB) tertakluk kepada perjanjian Penswastaan dan Klausa 3 Lesen yang telah diberikan kepada PPSB.
Mewujudkan sistem maklum balas dari pengguna pelabuhan dengan mengambil kira prestasi operator pelabuhan.
Pada November 1995, Parlimen telah melaraskan perubahan ke atas Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955. Melalui perubahan yang telah diselaraskan , kuasa dan pentadbiran SPPP telah dilanjutkan ke pelabuhan lain. 
Berkuatkuasa dari 1 Januari 1999, SPPP telah dilantik oleh kerajaan untuk menjadi Badan Kawal Selia. Sebagai Badan Kawal Selia, SPPP memainkan peranan seperti berikut:
Menjalankan tugasan pengawalan terhadap
     - pengelolaan fungsi pengawalan terhadap infrastruktur pelabuhan 
     - menjalankan tugasan perkhidmatan dan kemudahan pelabuhan
     - menetapkan prestasi terhadap standard infrastrutur dan kemudahan 
     - penguatkuasaan 
Pungutan baki tertunggak pelabuhan
Peranan konservatif (saluran pendekatan)
Pentadbiran dan perlesenan.

3.   Sebagai Pusat Sumber Pelabuhan Wilayah Utara SPPP:-

i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

Memungut segala data dan informasi statistik yang berkaitan dengan pelabuhan dan aktiviti feri. 
Membekalkan data informasi statistik kepada agensi kerajaan dan pihak korporat
Memberi maklum balas mengenai perihal pelabuhan
Bertindak sebagai penghubung di antara kerajaan dan agensi swasta.
Sebagai penasihat dalam perihal yang berkaitan aktiviti pelabuhan.
Mempermudahkan kerja-kerja penyelidikan tentang aktiviti dan perkhidmatan feri
4.   Sebagai Pentadbir Zon Bebas Komersil di dermaga laut dalam Butterworth, SPPP:- 

i)

ii)
iii)

iv)
v)
vi)

vii)

viii)

Memastikan perimeter ZBK dipagar atau membina dinding yang siap dengan jalan masuk dan keluar ke dermaga.
Memastikan kawasan yang dipagar di pasang lampu yang berfungsi dari pukul 6.30 petang ke 7.30 pagi. 
Memastikan bahawa pihak kastam disediakan pejabat dan pemeriksaan dilakukan di kawasan pintu hadapan.
Memastikan operator mematuhi Akta Zon Bebas Komersil 1990 dan Peraturan Zon Bebas 1991.
Menyerahkan laporan tahunan tentang aktiviti ZBK kepada Menteri Kewangan
Memastikan bahawa operator mengawal segala pergerakan pengguna dan barangan yang masuk dan keluar dari ZBK.
Memastikan operator menguruskan operasi yang selaras dengan duti dan cukai kastam serta barangan yang disimpan di ZBK.
Memastikan bahawa operator mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Pengarah Besar Kastam.