soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB CHOW KON YEOW MENGADAKAN LAWATAN DAN TINJAUAN KE TERMINAL FERI

YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG TUAN CHOW KON YEOW TELAH MENGADAKAN LAWATAN DAN TINJAUAN KE TERMINAL FERI PULAU PINANG YANG PADA PANDANGAN BELIAU LEBIH SELESA DAN LAJU SEMASA DIBAWA MENAIKI FERI TERSEBUT PADA JAM 9.30 PAGI 30 DISEMBER 2020.  PANDANGAN BELIAU TELAH DIKONGSI OLEH PENGERUSI SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG (SPPP), DATUK TAN TEIK CHENG YANG TURUT MENGIRINGI BELIAU SEMASA SESI LAWATAN KE TERMINAL FERI TERSEBUT SERTA MENAIKI FERI YANG HANYA MENGAMBIL MASA KIRA-KIRA 10 MINIT.

SEMASA SESI LAWATAN KERJA TERSEBUT PENGERUSI SPPP TELAH MEMBERIKAN TAKLIMAT KEPADA KETUA MENTERI PULAU PINANG MENGENAI KEADAAN FERI SEDIA ADA YANG SUDAH BERUSIA LEBIH 47 TAHUN DAN KOS OPERASI DAN PENYELENGGARAANNYA YANG AMAT TINGGI.  OLEH ITU KETUA MENTERI PULAU PINANG JUGA BERHARAP AGAR OPERASI FERI BARU INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK KEPADA SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT.

BELIAU JUGA BERHARAP AGAR SEBARANG RANCANGAN UNTUK LIMA BUAH FERI LAMA SEDIA ADA DIMAKLUMKAN TERLEBIH DAHULU KEPADA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.  PENGERUSI SPPP MEMBERI JAMINAN AKAN MEMAKLUMKAN SEBARANG RANCANGAN MASA DEPAN FERI-FERI TERSEBUT KEPADA KERAJAAN NEGERI.

SEBELUM INI KETUA MENTERI PULAU PINANG JUGA TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE TERMINAL FERI DI PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM BAGI MENINJAU OPERASI FERI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PADA 16 MEI 2020.

MALAH ISU BERKENAAN FERI JUGA TELAH DIBINCANGKAN DI ANTARA BELIAU BERSAMA DENGAN YB MENTERI PENGANGKUTAN IAITU YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG PADA 27 OGOS 2020 BAGI MENAIK TARAF PERKHIDMATAN FERI DEMI KEBERLANJUTAN, KESELAMATAN DAN DAYA TAHAN PERKHIDMATAN FERI PADA MASA HADAPAN.

PADA 2 DISEMBER 2020, SPPP DAN PPSB JUGA TELAH MEMBUAT PEMBENTANGAN PELAN PERNIAGAAN DAN PEMBANGUNAN FERI BARU KEPADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG (MMK) YANG MANA PANDANGAN DARI MESYUARAT MMK TERSEBUT TELAH DIANGKAT KE PERHATIAN MENTERI PENGANGKUTAN.

OLEH ITU BERMULA 1 JANUARI 2021, PERKHIDMATAN FERI BAGI PENUMPANG, MOTOSIKAL DAN BASIKAL AKAN DIKENDALIKAN OLEH PPSB. PERKHIDMATAN FERI BAGI PENUMPANG ADALAH MENGGUNAKAN FERI LAJU MANAKALA SEBUAH FERI LAMA IAITU PULAU ANGSA AKAN DIGUNAKAN BAGI MENGANGKUT MOTOSIKAL DAN BASIKAL.

PENGGUNAAN FERI LAJU SERTA FERI SEDIA ADA ADALAH MERUPAKAN LANGKAH INTERIM SEBELUM FERI BARU IAITU WATER BUS DENGAN KAPASITI 200 ORANG PENUMPANG SERTA VEHICLE TRANSPORTER DIPERKENALKAN PADA 1 JULAI 2022 ATAU LEBIH AWAL LAGI. SEMASA TEMPOH INTERIM, KEDUA-DUA TERMINAL PANGKALAN RAJA TUN UDA DAN PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM AKAN DIUBAHSUAI DAN DINAIKTARAF BAGI MENGENDALIKAN FERI-FERI BARU DEMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN FERI YANG LEBIH CEKAP DAN TERMINAL YANG LEBIH SELESA KEPADA PENGGUNA FERI.

SPPP JUGA MEMBERI JAMINAN BAHAWA PERKHIDMATAN FERI TIDAK AKAN TERPUTUS DAN TAMBANG FERI SEDIA ADA AKAN DIKEKALKAN. MALAH MULAI 1 JANUARI 2021, PENGGUNA PERKHIDMATAN FERI LAJU AKAN MENIKMATI PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA BAGI TEMPOH SELAMA DUA MINGGU.

BAGI MENGEKALKAN NILAI-NILAI SEJARAH SERTA ELEMEN IKONIK NEGERI PULAU PINANG, DUA (2) BUAH FERI SEDIA ADA AKAN DIUBAHSUAI SEBAGAI RESTORAN TERAPUNG, MUZIUM ATAU PELAYARAN PELANCONGAN YANG AKAN DAPAT MEMPERINGATI SUMBANGAN FERI-FERI PULAU PINANG KEPADA IDENTITI KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI INI.

OLEH YANG DEMIKIAN SPPP AKAN MEMBUKA TAWARAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) KEPADA ORANG RAMAI YANG BERMINAT UNTUK MENGAMBIL PELUANG TERHADAP TAWARAN ITU NANTI.

LAWATAN INI JUGA TURUT DISERTAI OLEH ADUN PANGKALAN KOTA, YB DANIEL GOOI, ADUN BAGAN DALAM, YB SATEES A/L MUNIANDY, PENGERUSI PPSB DATO’ SYED MOHAMAD BIN SYED MURTAZA, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PPSB DATO’ SASEDHARAN VASUDEVAN DAN PENGARAH URUSAN KUMPULAN MMC GROUP DATO’ SRI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH.

DATUK TAN TEIK CHENG,

PENGERUSI

SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

30 DIS 2020

 

-TAMAT-

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal,

No. 1A, Pesara King Edward, 10300

George Town, Pulau Pinang

 

Pertanyaan Media

Unit Khidmat Korporat, SPPP

Tel          +604 263 3211 

Faks        +604 263 2623

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s