soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng telah membuat tinjauan terhadap operasi feri Pulau Pinang pada hari pertama ia beroperasi di bawah Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mulai 1 Januari 2021. Tinjauan tersebut adalah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna feri bot laju sentiasa diambil perhatian dan berjalan lancar seperti dirancang. Operasi feri bermula pada jam 6.30 pagi dan setakat jam 10.00 pagi, dianggarkan kira-kira 2,000 orang telah menggunakan perkhidmatan feri tersebut.

Pada masa yang sama juga, pihak PPSB sedang dalam proses untuk menempatkan kira-kira 10 penjaja di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) ke tingkat 1 di SPCT agar dapat terus berniaga seperti sebelum ini. Para penjaja ini akan ditempatkan semula di PRTU sebaik sahaja proses naik taraf siap dalam tempoh 18 bulan.

Datuk Tan juga memberi jaminan bahawa feri lama tidak akan hilang dari Pelabuhan Pulau Pinang sebaliknya akan diteruskan dalam bentuk pelancongan warisan. Oleh itu SPPP akan mengumumkan tawaran Request For Proposal (RFP) kepada pihak yang berminat untuk memberikan cadangan yang sesuai sama ada diubah menjadi muzium terapung, restoran terapug atau feri pelancongan agar feri lama terus wujud dan menyumbang kepada industri pelancongan Pulau Pinang.

Oleh yang demikian beliau mengalu-alukan pandangan serta cadangan yang dapat menningkatkan mutu perkhidmatan feri.

 

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s