soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3
Banner 1
VISI KAMI
PELABUHAN PULAU PINANG – PEMANGKIN EKONOMI
Banner 2
MISI KAMI
MEMACU DAN MEMPERKASA PERSEKITARAN PELABUHAN YANG PINTAR,
MAMPAN DAN BERDAYA SAING
Banner 3
MOTO KAMI
GERBANG UTARA KE PERSADA DUNIA
Banner 4
Banner 4
mygoveng3.jpeg
previous arrow
next arrow

PENGUMUMAN :

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perhatian kepada para Pengguna Pelabuhan Pulau Pinang.

Lanjutan dari pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh dari 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) untuk meneruskan operasi mereka.

Pelabuhan Pulau Pinang juga dibenarkan beroperasi dalam tempoh ‘Total Lockdown’ ini tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan. Untuk tujuan ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mewajibkan semua syarikat yang terlibat dengan industri logistik termasuk operasi pelabuhan untuk mendaftar secara online di laman web MOT melalui portal Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) di pautan https://application.mot.gov.my/

SPPP menyarankan anda untuk mendaftar di laman web MOT atau pautan tersebut dengan kadar yang amat segera untuk memastikan agar operasi anda serta Pelabuhan Pulau Pinang tidak tergendala.

Selain daripada itu, pendaftaran dengan mana-mana Kementerian lain atau Agensi Kerajaan yang lain perlulah juga dibuat tertakluk kepada SOP yang telah dikemukakan oleh MKN.Anda adalah dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan operasi pelabuhan dapat berjalan dengan lancar dan selamat.

Sekian, terima kasih.

PENGURUS BESARSPPP

#KitaJagaKita#FollowSOP#PenangPortFightCovid

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s
STEVEDORE & KENDALIAN KARGO
LALUAN SUTERA MARITIM