soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Zon Bebas Komersial

FCZ001 FCZ002

Pengenalan

Dermaga Air Dalam Butterworth telah digazetkan sebagai Zon Bebas Komersil berkuatkuasa 20 Jun 1996. Zon tersebut merangkumi kawasan seluas 56 hektar dan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur dan gudang untuk menyokong segala aktiviti perdagangan yang dijalankan selaras dengan Akta Zon Bebas, 1990 dan Peraturan Zon Bebas, 1991.

Sebagai sebuah Zon Bebas, boleh ditakrifkan sebagai kawasan yang berada di luar lingkungan Malaysia seperti yang termaktub di bawah Seksyen 31, Akta Kastam 1967. Selain aktiviti import dan eksport, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan ialah pengagihan, perdagangan, konsolidasi, penyimpanan serta transshipment tanpa perlu membayar duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan.

Malah, di dalam ZBK juga, terdapat aktiviti-aktiviti tambah nilai seperti pecah pukal, penggredan, pelabelan semula, pembungkusan semula dan transit kargo.

Objektif

Semasa awal penbentukan ZBK, ia difokuskan kepada menyediakan peluang-peluang bagi memenuhi permintaan yang meningkat dalam aktiviti perdagangan dan aktiviti nilai tambah. Pembentukannya membolehkan syarikat-syarikat multinasional meningkatkan tahap daya saing dan juga untuk membentuk kawalan yang lebih baik ke atas sistem pengagihan, ia juga memberikan kemudahan kepada syarikat-syarikat tersebut untuk mengembangkan lagi pengeluaran serta mendapat manfaat dari suasana ekonomi semasa.

Pembentukan ZBK juga dilihat dapat membantu mempromosikan pembangunan industri perusahaan serta sektor perdagangan untuk perkembangan ekonomi Malaysia.

Faedah Dan Kelebihan Zon Bebas Komersil

  • Pemansuhan duti atas barangan yang dieksport semula atau dimusnahkan di Zon itu.
  • Penangguhan terhadap barangan asing sehingga ia meninggalkan Zon tersebut.
  • Mempermudahkan prosedur dan dokumentasi.
  • Barangan diinsurankan mengikut harga beserta dengan kos perkapalan.
  • Menerima tempahan barangan sebelum pembayaran duti atau cukai eksais.
  • Menyimpan barangan untuk menunggu harga yang lebih baik di pasaran yang akan datang.
  • Melabel semula barangan untuk mengesahkan piawaian tempatan.
  • Mempamerkan dan menjual barangan serta menarik balik barangan contoh sebelum pembayaran duti.
  • Menikmati laluan percuma ke barangan serta aktiviti 'bonded'.
  • Penggantian atau pembaikan terhadap barangan yang telah rosak.
  • Menggalakkan aktiviti komersil seperti perdagangan, pecah pukal, penggredan, pembungkusan semula, pelabelan semula dan kargo transit.
  • Terletak di lokasi strategik di dalam negara, serantau dan global.
  • Persekitaran yang selamat dan terlindung.
  • Persekitaran yang sederhana.
  • Dihubungkan dengan dunia luar melalui lapangan terbang dan pelabuhan.
  • Infrastruktur yang baik selaras dengan era globalisasi.
  • Mempunyai akses kepada sumber tenaga kerja yang berkualiti pada upah yang kompetitif.

Lokasi Strategik

ZBK di Pelabuhan Pulau Pinang terletak di lokasi strategik di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia dan ini menjadikannya sebagai destinasi pilihan bagi kapal-kapal yang belayar dari timur dan barat. Jalinan perhubungan perkapalan Malaysia sehingga kini boleh dianggap berada dalam keadaan yang amat baik dan dihubungkan dengan lebih dari 200 buah pelabuhan di seluruh dunia. ZBK juga dihubungkan dengan jalan kereta api serta Lebuhraya Utara Selatan yang baik. ZBK boleh diakses oleh semua para pedagang sama ada tempatan mahupun antarabangsa.

Terletak di pusat komersil bandar Butterworth, berdekatan dengan institusi perbankan yang terkenal, pejabat-pejabat kerajaan, agensi-agensi penghantaran, syarikat-syarikat pengangkutan serta kemudahan-kemudahan perniagaan yang berkaitan.

Kemudahan

ZBK dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur pelabuhan yang serba moden termasuk ruang penyimpanan transit dan kemudahan-kemudahan pergudangan yang besar.

Teknologi

Sistem ZBK Bagi mempermudahkan proses deklarasi, sebuah sistem aplikasi internet yang dikenali sebagai Sistem ZBK telah diperkenalkan. Sistem ZBK merupakan sebuah sistem yang berasaskan masa sebenar dan ia membolehkan para pengguna untuk mengisytiharkan urusan kargo import, eksport dan transshipment melalui internet. Sistem ini memberikan kemudahan kepada para pengguna pelabuhan untuk mengisytiharkan dokumen dengan cara yang menjimatkan, selamat dan selesa. Sistem ini boleh diakses sepanjang masa. (Klik untuk maklumat lanjut mengenai Sistem ZBK).

Google Maps
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s