soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow telah mengadakan lawatan ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) dan terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim pada 16 Mei 2020. Beliau telah disambut oleh Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng, Pengurus Besar SPPP Puan Monaliza Suhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn. Bhd. Encik Sasedharan dan para pegawai kanan SPPP serta Penang Port Sdn. Bhd.
 
Turut serta bersama rombongan beliau ialah Datuk Bandar Seberang Perai, Dato' Seri Haji Rozali Haji Mohamud dan beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Lawatan tersebut adalah bagi meninjau operasi pelabuhan serta perkhidmatan feri sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat mengenai kesan-kesan yang dihadapi oleh Pelabuhan Pulau Pinang akibat dari penularan pandemik Covid 19 dan juga pelaksanaan PKP.
 
Beliau turut dimaklumkan tentang langkah-langkah yang diambil oleh Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengatasi kesan yang dihadapi. Antaranya ialah melalui business diversification untuk mempelbagaikan strategi pemasaran pelabuhan dengan menawarkan insentif yang lebih menarik.
 
Beliau turut mengadakan lawatan ke terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim yang dikendalikan oleh Rapid Ferry Sdn. Bhd. Selain taklimat yang disampaikan oleh wakil dari Rapid Ferry, rombongan YAB Ketua Menteri turut dibawa menaiki feri dari Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda di George Town bagi meninjau operasi perkhidmatan feri.
 
WhatsApp Image 2020 05 17 at 7.03.51 AM
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s