soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng telah melawat Pangkalan Kargo Pukal Perai (PBCT) pada 30 Mei 2020. Lawatan tersebut adalah bagi meninjau operasi pelabuhan di PBCT sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar kendalian kargo import terutama yang melibatkan bekalan makanan dari pelabuhan ke kilang-kilang tidak tertangguh dan terjejas. Ini kerana bekalan makanan adalah komoditi utama yang melibatkan kepentingan rakyat semasa tempoh PKPB.

Beliau turut berpuas hati dengan langkah-langkah dan 'standard operating procedure' (SOP) yang dilaksanakan oleh Penang Port selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani wabak COVID 19.

Datuk Tan juga menyatakan bahawa beliau akan mengkaji pelan dan rancangan yang lebih mendalam bagi menarik lebih ramai pengguna pelabuhan dan pelabur menggunakan PBCT.

PBCT berkeluasan 4.6 hektar dengan luas keseluruhan gudang ialah sebanyak 111,000 meter persegi. Antara kargo yang dikendalikan di PBCT ialah baja, bahan kimia, jagung, beras, gula, garam, kacang soya, bijih besi dan arang batu. Selain itu PBCT turut mengendalikan kargo berbahaya seperti kimia cecair, petroleum (LPG) dan lain-lain.

 

pbct1  pbct2

 

pbct3 pbct4

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s