soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Puan Monaliza Binti Suhaimi bersama-sama dengan wakil daripada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) pada tarikh 6 Jun 2020 telah menerima kunjungan lawatan rasmi daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri iaitu Y. Bhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin bin Hassan dan Urusetia Tim Naziran Sasaran Penting Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat serta meninjau kesiapsiagaan Keselamatan di NBCT khasnya dan Pelabuhan Pulau Pinang amnya dalam mendepani sebarang krisis terutamanya sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akibat ancaman Pandemik Covid-19 pada masa ini.

Taklimat operasi dan Keselamatan di NBCT telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) PPSB iaitu Tuan Radhi bin Mohamad. Sejurus selepas sesi taklimat selesai, lawatan ke kawasan operasi NBCT telah diadakan. Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan kerjasama antara SPPP, PPSB, CGSO dan Jabatan Perdana Menteri dalam memperkasakan Keselamatan di Pelabuhan Pulau Pinang.

 

WhatsApp Image 2020 06 07 at 9.06.02 AM  WhatsApp Image 2020 06 07 at 9.06.02 AM 1

WhatsApp Image 2020 06 07 at 9.06.02 AM 2  WhatsApp Image 2020 06 07 at 9.06.03 AM

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s