soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB  Haji Hasbi bin Haji Habibollah telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) pada 25 Julai 2020.  Beliau telah disambut oleh Pengerusi SPPP,  Datuk Tan Teik Cheng serta Pengurus Besar SPPP Puan Monaliza binti Suhaimi dan Ahli-ahli Lembaga SPPP.

Delegasi dari Kementerian Pengangkutan termasuk Setiausaha Bahagian Pembangunan iaitu Encik Aedy Fadly bin Ramli dan Setiausaha Bahagian Udara iaitu Encik Mohamad Radzuan Mazlan serta para pegawai kanan Kementerian.

Penang Port Sdn. Bhd. (Penang Port) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port iaitu Encik Sasedharan Vasudevan dan Ketua Pegawai Operasi Penang Port Encik Radhi bin Mohamad.

Semasa lawatan tersebut di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), beliau telah diberikan taklimat oleh Pengurus Besar SPPP iaitu Puan Monaliza binti Suhaimi mengenai organisasi SPPP serta oleh Encik Sasedharan dari Penang Port mengenai perkembangan terkini Pelabuhan Pulau Pinang. Selepas sesi taklimat beliau dan delegasi Kementerian Pengangkutan telah dibawa melawat ke sekitar SPCT dan menaiki bot untuk melawat instalasi Pelabuhan Pulau Pinang.

 

    

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s