soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Skala Kadar, Dius Dan Caj

TAFSIRAN

"Barang" dan "kargo" hendaklah termasuk ternakan, galian dan barang-barang dan dagangan dari apa jua perihalan;

"Barang berbahaya" termasuklah senjata api, bahan letupan, petroleum atau apa-apa bahan atau artikel mudah terbakar, beracun atau berbahaya dan semua barang yang dinyatakan dalam Jadual C Undang-Undang Kecil Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1957 [L.N. (N.S.) 93/1957];

"Bungkusan" termasuklah apa-apa kotak, bakul, tong, bekas, peti, guni, beg, pembalut, sampul atau penutup atau benda lain yang dalamnya apa-apa kargo ditempatkan bagi maksud untuk dibawa, dikonsain, diangkut, diimport atau dieksport;

"Dermaga" termasuklah mana-mana struktur dinding dan bangunan yang bersambung dengan pesisir depan, dasar laut atau dasar sungai;

"Dermaga Suruhanjaya" ertinya tempat himpitan, dermaga, limbungan, tambangan atau tempat pendaratan yang dikendalikan atau dikawal oleh Suruhanjaya;

"TBK" ertinya Tanan Berdaftar Kasar sesebuah kapal;

"Hari" bermaksud kitaran 24 jam;

"Himpitan" ertinya limbungan, jeti tambangan, pangkalan, tempat pendaratan atau dermaga yang bersambung dengan kawasan pesisir pantai;

"Kenderaan" termasuklah apa-apa pengangkutan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan untuk pemindahan atau pengangkutan orang, haiwan atau barang;

"KMK" ertinya kontena muatan kurang;

"PK" ertinya panjang keseluruhan sesuatu kapal yang diukur dari titik paling hadapan kapal itu ke titik paling belakang itu;

"Craft" ertinya kapal yang digunakan untuk tujuan aktiviti riadah, sukan atau rekreasi;

"Marina" ertinya apa-apa kemudahan yang dimiliki Suruhanjaya untuk menambat, melabuh, menghimpit atau menyimpan kapal craft di dalam pelabuhan;

"KMP" ertinya kontena muatan penuh;

"Pengurus" ertinya pegawai yang bertanggungjawab ke atas operasi pelabuhan masing-masing dan mana-mana pegawai lain yang bertindak di bawah atau dengan kuasanya;

"Premis Suruhanjaya" termasuklah semua tempat yang dimiliki oleh Suruhanjaya dan diperuntukkan olehnya termasuk mana-mana bahagian tanah yang telah diperbaiki untuk memudahkan aktiviti pelabuhan dan mana-mana pesisir depan yang digunakan bagi maksud sedemikian;

"Penyimpanan percuma" ertinya tempoh yang dinyatakan di mana kargo atau kontena menduduki ruang yang diberikan kepadanya di dalam premis Suruhanjaya tanpa dikenakan sewa stor;

"SBK" ertinya stesen barangan kontena;

"Syif" ertinya salah satu daripada tempoh berikut :

Jam 0730 hingga 1530
Jam 1530 hingga 2330
Jam 2330 hingga 0730

"Tambangan" merangkumi sebarang pentas, tangga, tempat pendaratan, pentas pendaratan, jeti, tongkang atau pontun terapung dan mana-mana jambatan atau kerja lain yang berkaitan dengannya;

"Tan" ertinya satu tan metrik yang bersamaan dengan 1,000 kilogram atau satu meter padu;
"Kapal" termasuk tongkang, laiter dan mana-mana kapal atau bot yang digerakkan secara mekanikal.

NOTIS PEMUNGGAHAN ATAU PEMUATAN KARGO

  1. Pemilik, tuan atau ejen kapal hendaklah memberi notis bertulis kepada Pengurus tentang niatnya untuk memunggah atau memuatkan apa-apa kargo sebelum kerja tersebut dimulakan.

  2. Kargo yang dipunggah tanpa mendapat kebenaran Pengurus terlebih dahulu tidak akan dianggap berada di dalam jagaan Suruhanjaya dan Suruhanjaya tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan pada kargo tersebut.

MENYIMPAN KARGO UNTUK PENGHANTARAN

Barang tidak boleh disimpan di mana-mana tempat dalam kawasan premis Suruhanjaya tanpa kebenaran bertulis dari Pengurus terlebih dahulu.

CAJ TERKURANG

Suruhanjaya berhak memungut apa-apa amaun caj yang ditentukan sebagai terkurang atau selainnya didapati kena dibayar.

CAJ TAMBAHAN

  1. Pengguna pelabuhan berhak mendapat pembayaran balik apa-apa caj tambahan jika tuntutan untuk pembayaran balik dikemukakan secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam tempoh enam bulan dari tarikh bil penghantaran, bil kiriman atau apa-apa bil lain yang dikeluarkan kepada pengguna pelabuhan.
  2. Pengguna pelabuhan yang menuntut balik apa-apa caj tambahan hendaklah memberikan maklumat penuh yang disokong oleh keterangan dokumen lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
  3. Jika mana-mana barang telah diukur atau ditimbang oleh Suruhanjaya dan dipersetujui oleh Suruhanjaya dan pengguna pelabuhan, tiada tuntutan untuk pembayaran balik akan diterima oleh Suruhanjaya.

PEMBAYARAN CAJ

  1. Apa-apa pembayaran caj hendaklah dibayar secara tunai melainkan jika pengguna pelabuhan mempunyai akaun kredit dengan Suruhanjaya.
  2. Jika kemudahan kredit disediakan oleh Suruhanjaya kepada pengguna pelabuhan, akaun kredit berkenaan dengan kemudahan kredit tersebut hendaklah diselesaikan dalam tempoh kredit yang dibenarkan, jika sekiranya gagal, penggunaan kemudahan selanjutnya tidak akan dibenarkan sehingga semua caj tertunggak yang belum dibayar dijelaskan terlebih dahulu.
  3. Suruhanjaya boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, menganggarkan dan mengutip terlebih dahulu semua caj yang mungkin terakru terhadap mana-mana pengguna pelabuhan.

TANAN BERCAJ

  1. Caj pada kargo adalah berdasarkan satu tan atau satu meter padu, yang mana lebih besar jumlahnya.
  2. Suruhanjaya boleh memilih untuk mengira semua tanan kargo berdasarkan ukuran berat muatan atau padu yang mana lebih besar, sama ada manifes senarai muatan kapal atau nota penghantaran dibuat atau tidak.
  3. Caj pengendalian dermaga bagi mengangkat muatan berat melebihi 5 tan setiap bungkusan adalah berdasarkan berat muatan.

PINDAH KAPAL DAN EKSPORT SEMULA

  1. Kadar pindah kapal dan eksport semula hendaklah terpakai hanya untuk kargo dan kontena yang memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. kargo dan kontena pindah kapal hendaklah diisytiharkan untuk pindah kapal atau eksport semula di pelabuhan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ketibaan kapal pemunggah dan tertakluk kepada kelulusan Pengurus;
    2. kargo dan kontena pindah kapal hendaklah dipunggah oleh kapal pemunggah di atas Dermaga Pelabuhan dan kekal dalam jagaan Suruhanjaya sehingga ia dipindah kapal atau dieksport semula; dan
    3. kargo dan kontena pindah kapal hendaklah dikapalkan semula oleh Suruhanjaya menggunakan kapal lain di Dermaga Suruhanjaya.
  2. Pengurus boleh, atas permohonan, membenarkan kargo dan kontena pindah kapal yang diterima dari landasan rel atau jalan raya untuk proses pindah kapal berikutnya ke laut melalui Dermaga Suruhanjaya atau diterima dari laut untuk pindah kapal berikutnya ke landasan rel atau jalan raya melalui Dermaga Suruhanjaya dengan dikenakan kadar pindah kapal dan eksport semula.
  3. Barang berbahaya Kumpulan 1, 2 dan 3 dan kenderaan tidak tertakluk kepada kadar pindah kapal dan eksport semula ini./spoiler]

KADAR KARGO YANG DIPALETKAN ATAU DIUNITKAN

  1. Kargo import atau eksport boleh dicaj dengan kadar kargo yang dipaletkan atau diunitkan jika kargo import atau eksport memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. berat atau isipadu setiap kargo yang dipaletkan atau diunitkan tidak melebihi dua setengah tan atau empat meter padu bagi ukuran setiap unit yang dipaletkan atau diunitkan;
    2. kargo hendaklah disenaraikan dan senarai muatan tersebut hendaklah disahkan di pelabuhan pemuatan sebagai kargo yang dipaletkan atau diunitkan dan dokumen import dan eksport juga hendaklah disahkan; dan
    3. kargo yang dipaletkan atau diunitkan hendaklah dipunggah atau dimuatkan sebagai satu unit dengan bantuan trak foklif.
  2. Kargo lain yang tidak ditakrifkan sebagai kargo yang dipaletkan atau diunitkan di bawah Skala Kadar ini boleh diklasifikasikan sebagai kargo cerai oleh Pengurus dan tertakluk kepada surcaj sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

SEWA TEMPAT SIMPANAN

  1. Dalam mengira tempoh penyimpanan, hari Ahad dan semua cuti umum yang diwartakan terpakai di negeri Pulau Pinang hendaklah disertakan.
  2. Tempoh penyimpanan kargo dan kontena import hendaklah dikira dari peralihan syif berikutnya setelah selesai pemunggahan kapal atau penyempurnaan setiap konsainan.
  3. Tempoh penyimpanan kargo dan kontena import hendaklah dikira dari peralihan syif berikutnya bermula dari penerimaan kargo atau kontena sehingga ke masa penghimpitan kapal tersebut.
  4. Tempoh penyimpanan kargo dan kontena pindah kapal hendaklah dikira dari peralihan syif berikutnya bermula dari penerimaan kargo atau kontena sehingga ke masa penghimpitan kapal tersebut.
  5. Caj sewa tempat penyimpanan dikira selepas tamat tempoh penyimpanan percuma.
  6. Kadar penyimpanan bagi tempoh lama boleh diberikan mengikut budi bicara Pengurus dan boleh dilakukan atas penerimaan permohonan untuk kadar penyimpanan lama.
  7. Jika kain tarpaulin digunakan untuk melindungi kargo yang disimpan di kawasan penyimpanan terbuka, sewa akan dikenakan mengikut kadar tempat terlindung.
  8. Senjata api dan peluru tidak akan diterima ke dalam penyimpanan oleh Suruhanjaya.
  9. Sewa tempat simpanan bagi muatan berat melebihi 5 tan akan berdasarkan berat atau ukuran, mengikut mana yang lebih besar.
PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s