soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng telah mengadakan lawatan ke Dermaga Prai yang menjadi tempat pusat perdagangan tukar barang (barter trade) di Pelabuhan Pulau Pinang. Lawatan beliau adalah untuk meninjau kemajuan pembangunan semasa di kawasan tersebut.

Semasa lawatan tersebut, beliau telah diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn. Bhd. iaitu Encik Sasedharan mengenai perkembangan semasa aktiviti di Dermaga Prai.

Selain itu, lawatan tersebut juga adalah untuk membuat pemantauan terhadap pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (KKM) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusi SPPP juga telah meminta Penang Port untuk memastikan kemudahan infrastruktur di Dermaga Prai berada dalam keadaan optimum. Beliau juga berharap aktiviti perdagangan tukar barang di sini sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Pusat perdagangan tukar barang di Pelabuhan Pulau Pinang telah beroperasi semenjak 70 tahun yang lalu.

 
 WhatsApp Image 2020 05 23 at 5.07.53 PM
WhatsApp Image 2020 05 23 at 5.07.59 PM
WhatsApp Image 2020 05 23 at 5.07.54 PM
LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s