soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) telah mengadakan sesi walkabout bersama media bagi perkhidmatan feri bot laju pada 28 Disember 2020.  Sesi ini turut dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng, Pengurus Besar SPPP, Puan Monaliza binti Suhaimi, pegawai-pegawai kanan SPPP dan PPSB.

Pengerusi PPSB, Dato’Syed Mohamad Syed Murtaza telah menyampaikan kata-kata aluan di dalam sesi walkabout tersebut dan Taklimat Operasi Feri Baharu oleh Encik Radhi Mohamad, Ketua Pegawai Operasi, PPSB. Selain itu, taklimat mengenai liputan dan pengalaman perjalanan operasi feri baru turut disampaikan oleh Ketua Seksyen Komunikasi Korporat PPSB Encik Khairol Ikram bin Salamat di Aras 1 Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

Di dalam sesi walkabout ini para petugas media dan lain-lain telah dibawa meninjau kemudahan feri di SPCT selain dibawa menaiki feri bot laju tersebut dari SPCT ke Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth bagi meninjau kemudahan yang disediakan di sana.  Sesi ini diadakan adalah bagi memberikan pengalaman serta gambaran sebenar pengalaman yang akan dirasai oleh para penumpang yang bakal menggunakan perkhidmatan feri baru ini mulai 1 Januari 2021. Kesemua pihak kemudiannya kembali semula ke SPCT dengan menaiki feri.

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s