soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

News & Announcement

b1     b2
 
b3     b4
 
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah diberi kepercayaan untuk terus menjadi pemangkin pembangunan negara dengan memperkasakan sistem pengangkutan bagi sektor Darat, Udara dan Maritim berteraskan teknologi. Oleh itu, melalui Belanjawan 2021, MOT diperuntukkan bajet sebanyak RM6.052 bilion yang meliputi perbelanjaan mengurus yang berjumlah sekitar RM1.877 bilion atau 31.0% dan perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM4.175 bilion atau 69.0% daripada keseluruhan perbelanjaan.
 
b5
 
Sejumlah RM514 juta atau 27.4% daripada jumlah keseluruhan peruntukan mengurus MOT telah diperuntukkan bagi subsidi pengangkutan awam yang meliputi pengangkutan awam darat, rel dan udara, antaranya Subsidi Perkhidmatan Luar Bandar (RAS) dan Subsidi Tren Tidak Ekonomik (TTE). Subsidi ini bertujuan memastikan kesalinghubungan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar dan juga sebagai katalis perkembangan aktiviti sosio ekonomi negara.
 
MOT mendengar keluh kesah dan jerih-perih rakyat mendepani cabaran kos hidup yang semakin mencabar. Subsidi pengangkutan awam juga bertujuan untuk mengurangkan beban kos hidup yang ditampung oleh rakyat dengan memastikan perkhidmatan pengangkutan tetap disediakan di kawasan-kawasan yang tidak menguntungkan syarikat-syarikat pengendali melalui pelaksanaan Tren Tidak Ekonomik (TTE) berjumlah RM45 juta, Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) berjumlah RM80 juta, Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) berjumlah RM48 juta, Insentif Pas Bulanan Tanpa Had My100 dan My50 berjumlah RM115 juta, Perkhidmatan Tren Skypark Link berjumlah RM15 juta dan Pas Mutiara untuk warga utara berjumlah RM2 juta.
 
b6
 
Khusus untuk projek-projek pembangunan dalam Rolling Plan 1 (RP1) Tahun 2021 Rancangan Malaysia Kedua belas (RMK12), Kementerian ini telah menerima peruntukan lebih kurang RM4.175 bilion. Peruntukan tersebut adalah bagi pelaksanaan 78 projek pembangunan yang merangkumi 20 projek baharu dan 58 projek sambungan. Sejumlah RM766 juta atau 18.35% telah diperuntukkan untuk projek baharu dan RM3.409 bilion atau 81.65% diperuntukkan untuk projek sambungan bagi memastikan semua projek-projek pembangunan yang dirancang dan sedang berjalan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
 
 
 
LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s