soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3
PENANG PORT SDN. BHD. AMBILALIH OPERASI PERKHIDMATAN FERI
MULAI 1 JANUARI 2021
 

PULAU PINANG, 15 DISEMBER 2020 – Penang Port Sdn Bhd, (PPSB) iaitu ahli kepada MMC Group akan mengambilalih operasi perkhidmatan feri mulai 1 Januari 2021.  Ia selaras dengan ketetapan Jemaah Menteri pada 18 Disember 2019 yang telah memutuskan supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang diambilalih semula oleh PPSB daripada Prasarana Malaysia Berhad. Proses untuk mengambilalih telah dimulakan pada bulan Januari 2020 namun tertangguh berikutan pandemik Covid 19. Jemaah Menteri juga bersetuju bahawa PPSB akan menyediakan perkhidmatan catamaran bagi mengangkut penumpang, motosikal dan basikal.

Jemaah Menteri juga bersetuju supaya Kementerian Kewangan (MOF) menyediakan peruntukan dana sebanyak RM30 juta kepada PPSB untuk pembelian empat (4) unit catamaran baru.

PPSB pada 19 November 2020 telah mengemukakan pelan perniagaan dan pembangunan feri baru kepada SPPP dan pada 24 November 2020, Lembaga SPPP telah bersidang bagi meneliti pembentangan tersebut.  Pada 2 Disember 2020, SPPP dan PPSB telah membuat pembentangan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK).  Keputusan Lembaga SPPP dan pandangan MMK telah diangkat ke perhatian YB Menteri Pengangkutan. YB Menteri telah memutuskan:-

Bermula 1 Januari 2021, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh PPSB Perkhidmatan feri bagi penumpang adalah menggunakan feri laju manakala bagi perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal adalah menggunakan feri sedia ada. Perkhidmatan feri untuk kenderaan empat tayar tidak akan disediakan mulai 1 Januari 2021 sepertimana yang diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan semasa penggulungan bajet Kementerian Pengangkutan pada 7 Disember 2020.

Penggunaan feri laju serta feri sedia ada adalah merupakan langkah interim sebelum feri baru iaitu water bus serta vehicle transporter diperkenalkan pada tahun 2022 atau lebih awal lagi. Semasa tempoh interim, kedua-dua terminal Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim akan diubahsuai dan dinaiktaraf bagi mengendalikan feri-feri baru demi menyediakan perkhidmatan feri yang lebih cekap dan terminal yang lebih selesa kepada pengguna feri.

Disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian ini, waktu operasi feri akan berubah agar ianya dapat diselaraskan dengan kerja-kerja pengubahsuaian. Walaubagaimanapun SPPP memberi jaminan bahawa perkhidmatan feri tidak akan terputus. SPPP juga memberi jaminan bahawa sewaktu tempoh interim ini, tambang feri sedia ada akan dikekalkan.

Bagi mengekalkan nilai-nilai sejarah serta elemen ikonik negeri Pulau Pinang, SPPP akan menempatkan dua (2)  buah feri sedia ada di Tanjung  City Marina. Feri-feri ini akan diubahsuai sebagai restoran terapung serta muzium terapung.

 
 
feri1feri2
LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s